RESEARCH MADE CLEAR. WRITING MADE SYSTEMATIC. Untuk perjalanan akademik yang lebih terarah ↗
ONE-TO-ONE COACHING · EDUVOLVE ACADEMY

Master & PhD Coaching

Bimbingan penyelidikan dan penulisan akademik untuk Master, PhD dan proposal HLP. Bincangkan research gap, literature review dan thesis alignment bersama Dr. Shahira.

Dr. Shahira membimbing penyelidikan secara individu
BIMBINGAN BERFOKUS · ONLINE

Fahami kajian anda.
Terangkan dengan yakin.

Sesi untuk pelajar Master, PhD, bakal pemohon HLP dan penyelidik yang memerlukan perbincangan khusus tentang draf atau cabaran penyelidikan. Mulakan dengan soalan dan bahan yang anda sedang usahakan.

Antara cabaran yang boleh dibincangkan: artikel bertimbun tetapi gap belum jelas, literature review berbentuk ringkasan, atau problem statement, RO, RQ dan metodologi yang terasa terpisah.

Apakah yang boleh dibincangkan?

  • Research gap, literature review serta Master/Matrix Table.
  • Struktur penulisan akademik dan thesis alignment.
  • Problem statement, research objectives dan research questions.
  • Perancangan SLR, bibliometrik dan rasional metodologi.
  • Persediaan proposal defence, viva dan tindakan penambahbaikan.

Kesesuaian skop disemak dahulu. Coaching membimbing pemahaman dan semakan kerja; anda kekal bertanggungjawab sebagai penulis dan penyelidik.

Apa yang termasuk?

  • Pre-session Thesis Review: trainer membaca dan mengkaji draf sebelum sesi.
  • Focused Consultation: fokus pada masalah sebenar kajian anda.
  • Action Plan: langkah seterusnya yang jelas selepas konsultasi.
  • Session Recording: ulang tonton semasa memperbaiki kerja.

Bagaimana sesi dikendalikan?

  1. Hubungi trainer. Kongsi peringkat pengajian, fokus kajian dan cabaran utama melalui WhatsApp.
  2. Semak kesesuaian. Bincangkan bahan, keutamaan serta hasil pembelajaran yang munasabah untuk sesi.
  3. Sahkan aturan. Bayar dahulu, kemudian tetapkan tarikh dan masa mengikut ketersediaan trainer. Hantar draf sebelum sesi.
  4. Belajar dan bertindak. Gunakan perbincangan untuk memahami pembetulan dan menyusun tindakan seterusnya pada kajian sendiri.

Sesi dijalankan online sahaja. Platform dan cara pembayaran dimaklumkan oleh trainer. Rakaman sesi disertakan untuk rujukan semasa membaiki kerja.

Bimbingan berasaskan pengalaman

EduVolvE Academy diasaskan oleh Dr. Shahira, pemegang PhD dalam Engineering Education dari Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berpengalaman membimbing pelajar Master dan PhD merentas disiplin, dengan tumpuan pada sistem penyelidikan berstruktur serta AI yang beretika.

Pendekatan akademi menekankan pemahaman sistem, aplikasi pada kajian dan semakan penambahbaikan. Penggunaan AI perlu disertai semakan bukti dan integriti akademik.

Kenali pengasas · Lihat rakaman coaching sebenar · Baca maklum balas peserta

PILIH TEMPOH BIMBINGAN

Ruang untuk keperluan anda.

Harga promosi tertakluk kepada perubahan. Bayar dahulu; jadual ditetapkan kemudian mengikut ketersediaan trainer. Baca terma coaching dan penjadualan semula.

Bersedia sebelum berbincang.

Sediakan draf terkini, komen penyelia jika berkaitan dan senarai soalan. Elakkan berkongsi data peserta yang boleh dikenal pasti tanpa keperluan atau kebenaran.

◉ Tanya Slot Coaching